Sunday 5 February 2012

Sayangnya Baginda Kepada Kita iaitu Umatnya~

Assalamualaikum Saudara/Saudari Sekalian, Hari ini ana ingin sangat menyampaikan 1 cerita yang bagi ana baru dengar dari ustaz-ustaz...

Selalunya kita dengar kisah Baginda Menyebut "Ummati Ummati Ummati" sebelum wafat...

Tapi adakah kita tahu apa sebenarnya yang diceritakan di sebalik Sebutan " Ummati Ummati Ummati" ?

Baiklah Kisahnya begini...

Baginda Sakit Tenat...Selama Beberapa Hari...

Hari yang dikatakan Hari Terakhir Nabi Kita Jatuh Pada Tarikh Kelahiran Baginda 12 Rabiu'lAwal...

Malaikat Izrail dan Jibril Datang Menziarah Baginda

Semasa Malaikat Izrail Mencabut Nyawa Baginda Dengan Kasih & Hormat Malaikat Izrail terhadap Baginda

Bermulanya Dari Ibu Jari Kaki Sampai Ke Buku Lali

Jeritan Kesakitan Baginda Dikatakan DiDengari 1/3 Bumi...


     "Bayangkanlah Kesakitan Yang Dihadapi Baginda...Kesakitan Tersebut Dikatakan Kesakitan  
     " SAKARATUL MAUT"

Adakah Saudara/Saudari Tahu apa yang Ditanyakan oleh Baginda Kepada Malaikat Izrail?..

     "Wahai Izrail adakah ini yang akan dirasai oleh umat-umat ku? "


Malaikat Izrail Menjawab

     "Wahai Rasullullah,benar katamu itu Setiap dari umatmu akan merasai kesakitan Sakaratul 
      Sakaratul maut dan tiada siapa dari pada mereka yang akan terlepas dari seksaan tersebut"


 Baginda Memohon kepada Malaikat Izrail

    " Wahai Izrail tolonglah engkau doa kepada Allah minta dikumpulkan Semua Kesakitan 
       Sakaratul maut dari umat-umatku yang sudah mati atau yang masih hidup biarlah aku
       yang menanggung kesakitan itu"


Malaikat Izrail Menjawab

     "Wahai Rasullullah,Allah tetah tetapkan yang setiap dari umatmu akan tetap merasai kesakitan
      Sakaratul Maut ini "


 Malaikat Izrail Meneruskan lagi...

Kali ini Sampai ke lutut baginda~...

Bayangkan yang Jeritan Baginda didengari 2/3 Bumi


Bayangkan Saudara/Saudari Sekalian...

Sekali lagi Baginda Menanyakan Soalan yang sama

       "Wahai Izrail adakah ini yang akan dirasai oleh umat-umat ku? "


Malaikat Izrail Menjawab

     "Wahai Rasullullah,benar katamu itu Setiap dari umatmu akan merasai kesakitan Sakaratul 
      Sakaratul maut dan tiada siapa dari pada mereka yang akan terlepas dari seksaan tersebut"

Baginda Memohon kepada Malaikat Izrail Sekali lagi

     " Wahai Izrail tolonglah engkau doa kepada Allah minta dikumpulkan Semua Kesakitan 
       Sakaratul maut dari umat-umatku yang sudah mati atau yang masih hidup biarlah aku
       yang menanggung kesakitan itu"

Sekali Lagi Malaikat Izrail Menjawab Dengan Jawapan Yang Sama

     "Wahai Rasullullah,Allah tetah tetapkan yang setiap dari umatmu akan tetap merasai kesakitan
      Sakaratul Maut ini "

Dan Akhir Sekali Sebelum Wafat itu lah ayat yang keluar daripada Mulut baginda.. 

     " Ummati!..Ummati!.. Ummati!...

 Bayangkanlah Wahai Saudara/Saudari Sekalian...

Bayangkan Pengorbanan Baginda Terhadap Umat nya... 

Nak Tanya 1 Soalan... 

Bayangkan anda tengah berjalan-jalan kat Klcc..

tiba-tiba ada orang lari kearah kamu dan mintak tolong selamatkan dia dari Ah-Long

Adakah anda akan menolongnya?...

Bagi ana tidak ada siapa akan menolong kecuali pihak berkuasa sebab ada kuasa di dunia ini...

Tapi bayangkan Baginda Sayang Umatnya .. Walaupun Baginda Tidak Pernah Berjumpa Dengan Kita Tapi Baginda Tetap Mahu Menanggung Kesakitan Sakaratul Maut Demi Kita.... 

Allahuakbar!... Allahuakbar!...Allahuakbar!..

Ustaz Ana pernah menerangkan....

Sakit Api di Dunia 1%

Sakit Api di Neraka 100%

Sakit Sakaratul Maut 300%

Tapi ana x maksud kan rasa sakit tuh mcm 100% normal air panas ...

tidak tapi ana maksudkan kesakitan tersebut... 

Bayangkan 100% kesakitan api neraka... 

Bayangkan 300% kesakitan Sakaratul Maut yang Ingin Ditanggung Baginda Demi Umatnya

Baginda Sanggup menanggung kesakitan tersebut demi orang yang tidak pernah Baginda Temui... 

Hebat Nya Rasullullah... Sayang nya Baginda Kepada Kita.. 

Tapi Sekarang Apa telah jadi?.. 

Tidak Ramai yang sayang Kepada Baginda Dengan Sebenar-benarnya... 

10 Juta Orang Pun Boleh Sebut Aku Sayang Baginda.. 

Akan Tetapi Berapa Ramai Selawat Keatas Nabi Kerana Sayangnya Dia Kepada Baginda?.. 

Berapa Ramai?.. Susah Hendak Jumpa... Dengan Manusia Akhir Zaman ini... Allahuakbar!... 

Solat pun Macam Endah tak Endah ja... 

Jadi Di Sini Marilah Kita Selawat Keatas Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.. 

Sampai Disini Sajalah yang dapat Ana kongsikan bersama


W'salam :')

Thursday 2 February 2012

Niat

Assalamualaikum,

Saudara/Saudari yang dirahmati Allah Sekali...Hari ini kita akan bercerita tentang Niat...

Ramai yang selalunya silap niat...dari niat akan menjadi yang lain

Sebenarnya Pendapat ana... kita perlu niat Kerana Allah bukanlah Niat Kerana Pahala or Syurga...

Pernah juga ana terdengar Dari Ustaz yang berceramah...beliau berkata... " Niat Kita Sebenarnya Kerana Allah... Pahala/Dosa,Syurga/Neraka semua ini adalah Kerja Allah S.W.T"

Jadi disini... marilah kita lihat kembali kepada diri kita... termasuk juga ana...

ana rasa disitu sahajalah yang dapat ana ceritakan

Ingat,Amal Insyaallah Berjaya

W'salam :)

Hari Sejarah Nabi Kita Muhammad S.A.W

Assalamulaikum,

Saudara/Saudari Sekalian...Maulidur Rasul Kembali :)....Apa yang korang faham dengan Maulidur Rasul?...

Kebanyakannya mesti menjawab Maulidur Rasul adalah untuk berselawat keatas Nabi Kita Nabi Muhammad S.A.W...atau mungkin ada yang lain?..

Ok,Bagi ana ... Maulidur Rasul ni sebenarnya adalah hari dimana kita memperingati Sejarah,Pengorbanan Rasullullah...Ingatlah perjuangan Rasullullah,ingatlah pengorbanannya,ingatlah ujian yang dihadapi beliau...

Tanpa dia kita didalam keadaan sesat...Alhamdulillah kita dalam agama Islam...iaitu Agama Ad-din..agama yang sempurna bagi kehidupan manusia...

Ingatlah sejarah Rasullullah,ana nak kupas sedikit masa sejarah tersebut...dimana perang Uhud...beliau berperang kerana Allah dan Agama... Kejahatan orang Kafir ini.. Allah sahaja yang tahu... yang kita tahu Nabi kita Rasullullah jatuh kedalam lubang yang digali orang kafir kan?.. atau bkn?.. jika salah tolong lah tegur kerana kita sesama Islam Tegur menegur adalah fardhu Kifayah...kembali kepada sejarah beliau tadi..Topi yang dipakai oleh Rasul kita itu tercabut dari kepalanya dan bende tajam yang berada di topi Rasullullah telah mencucuk pipi Rasul kita dan patah...

Bayangkan kesakitan yang dihadapi Rasullullah...Allahhuakbar...

Bayangkan yang Rasullullah itu adalah bapa kita... bayangkan yang bapa kita diserang sebegitu betapa sedihnya hati kita,betapa marahnya kita kepada orang kafir...

Bayangkan topi yang tercabut itu jatuh diatas batu dan meninggalkan kesan yang lama ... Bayangkan sungguh hebat Rasullullah, Sampai sekarah masih ada lagi kesan itu...Cuma kesan itu kalau nak tahu Orang arab menutupnya dengan simen... tapi mendap dan tetap mendap... tapi mereka tetap simen... jika kita fikir positif, mereka melakukan seperti itu mungkin kerana tidak mahu ada yang syirik ... takut-takut ada yang sembahyang kat situ.. biasa lah di sebelah sana pencampuran dari agama yang lain seperti orang India,Turkey,Indonesia,dan macam-macam lagi...

Jadi dari situ kita dapat melihat pengorbanan Rasullullah...

Cuba  Saudara/Saudari  melakukan sesuatu..contoh tolong kawan  Saudara/Saudari ...tolong punya tolong...kita kene marah dengan orang lain tapi kawan kita tuh tak kena apa-apa...agak-agak masih nak tolong ke kawan kita tuh?

Korang bayangkan ustaz ana menceritakan kesakitan sakaratulmaut adalah 300x ganda sakit

Korang tahu apa Rasullullah Berdoa kepada Allah?..

" Ya Allah Janganlah Engkau Letakkan Kesakitan ini diatas Umat-Umat Ku...Biarlah Aku Yang Tanggung Kesakitan itu Janganlah Di Atas Umat-Umat Ku"

Tetapi Allah tidak Memakbulkan Doa Itu...

Bayangkan,hebatnya Rasullulah ... Rasul kita Menolong Umat Bukan saudara-mara...

Saudara/Saudari mahu Tolongkah Kawan-Kawan  Saudara/Saudari  Ketika dalam Keadaan yang Genting sebegitu?..contohnya Kawan  Saudara/Saudari  tengah kene sebat sebab kesalahan mereka... sanggupkan  Saudara/Saudari  pergi kat situ cakap.. Janganlah Engkau Sebat dia Sebatlah aku biar aku yang tanggung kesakitan itu...

Sanggupkah Saudara/Saudari?...

Sampai Disini sahaja dapat ana Cerita Kisah-Kisah yang ana tahu

W'salam

Solat

Assalamualaikum,

Hari ini kita akan membincangkan tentang Solat,Solat ni Adalah 1 Perkara Yang Wajib Kita Laksanakan...
Apa-apa perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T ia adalah perkara yang wajib dilaksanakan...

Sekarang ini Solat dalam kehidupan semakin berkurang bila ana lihat.. Allahhuakbar...rasa yang tinggal kat masjid-masjid,surau-surau hanya ada orang-orang yang sudah berumur...

Dimanakah kita yang masih muda ini?.. dimanakah orang yang ada semangat yang tinggi ini?.. dimanakah umat islam yang muda?.. kenapa tinggal hanya orang-orang yang sudah tua?...

Hebat nya orang-orang yang berumur ni,ada yang buta masih lagi tetap datang...

Ingatlah Wahai Saudara/Saudari Solat hanya boleh ditinggalkan kerana 2 perkara

     1.Gila
     2.Pitam

Itulah yang diterangkan oleh ustaz penceramah

Kalau nak kata sebab sibuk dengan kerja sana sini...

ana rasa masa perang dahulu Sahabat-Sahabat Rasullullah dahulu solat ketika perang... hebat tak hebat orang dahulu...

Ingatlah wahai Saudara-Saudari sekali...ingatlah pengorbanan Rasullullah dahulu,beliau berjuang demi Allah dan Agama Allah...Janganlah kita sia-siakan apa yang telah Rasullullah lakukan untuk umat-umatnya...

W'salam

Tuesday 17 January 2012

Janganlah Mengutuk Rakan-Rakan kita yang kurang Bentuk Secantik diri Saudara/Saudari

Firman Allah Azza wa Jalla
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik -baiknya” (QS At Tiin [95]:4)



Manusia adalah sebaik-baik bentuk...Janganlah Saudara/Saudari mengutuk rakan-rakan anda yang ade sedikit kecacatan ke ape ke..Mereka manusia wahai Saudara/Saudari sekali Mereka mempunyai Hati,Perasaan...


Ingatlah wahai Saudara/Saudari sekalian...setiap yang Allah tetapkan itu adalah sebaik-baik untuk diri kita...


Jika kita Kurang Cantik/Kacak.. Apa kelebihan yang Saudara/Saudari ada?..banyak wahai Saudara/Saudari setiap manusia diberikan akal untuk berfikir... fikirlah dengan tenang dan betul


Jika Saudara/Saudari lihat Wanita yang tidak cantik atau gemuk ke ape ke...
       -Selamat Dari Pandangan Lelaki
       -Selamat Dari Dosa Maksiat
       -Selamat Dari Dosa Aurat
       -Selamat Dari Belbagai-bagai aspek jadi fikirlah

Ana selalu melihat ... 

Exmple :~London Weight Management~

Sebelum
Wanita yang dulu nya tak seberapa kurus [bertudung,tutup aurat nya baju kurung]

Selepas:
Wanita yang kurus [Pakaiannya ana tengok kebanyakannya tidak bertudung,pakaian adik,seluar pun adik]

Jadi tidak jadi masalah kepada wanita yang rasa dirinya tidak seberapa di dalam dunia 

Tapi ingat Saudara/Saudari

Wanita yang tidak seberapa di dalam dunia tapi hebat di Mata Allah S.W.T jika dia hebat dalam melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T

Allah telah menetapkan Jodoh setiap manusia di dalam dunia ini jangan risau

Tidak bermakna dengan sedikit ilmu ini dari ana yang dapat ilmunya dari Allah S.W.T di dalam fikiran Saudara/Saudari ~Jadi x payahlah aq nak kuruskan badan x yah lah nak bersenam~ 
Tidak Saudara/Saudari sekalian senaman juga penting dalam kehidupan untuk kesihatan

Disini ana ingin menyatakan Jika rakan kita tak secantik/sehensem Saudara/Saudari jganlah kita mengutuk mereka..kerana perkara yang Saudara/Saudari kutuk itu adalah ciptaan Allah S.W.T
Jika Saudara/Saudari mengutuk ia maka Saudara/Saudari mengutuk Allah S.W.T...

W'salam :)

Monday 16 January 2012

Kehebatan Seekor Anjing... Bukan nak sanjung tapi tengok dari sudut lain

SIFAT TERPUJI YG ADA PADA ANJING.....


Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.


> Pertama :
> Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
>
> Kedua :
> Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu
> berpindah randah mengikut keperluannya.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada
> Allah.
>
> Ketiga :
> Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit
> sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
> Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan
> Allah, sentiasa renggang punggungnya
> dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
>
> Keempat :
> Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak
> ada pula yang mewaris.
> Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
>
> Kelima :
> Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan
> dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
> Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang
> siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
> Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan
> berbagai-bagai ujian.
>
> Keenam :
> Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di
> tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
> tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’,
> orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
>
> Ketujuh :
> Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati
> oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
> marah atau berdendam.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan
> bahagiannya.
>
> Kelapan :
> Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda
> yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
> dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang
> kusyuk.
>
> Kesembilan :
> Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,
> tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
> atau tidak diberi,dia diam sahaja.
> Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah
> s.w.t.
>
> Kesepuluh :
> Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak
> menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.


Renung-renungkan dan selamat beramal....


Credit to Rakan Ana yang tidak kurang hebatnya...

Allah Maha Besar Segala Puji Kepadanya

Salam Saudara dan Saudari Sekalian :)
Cubalah saudara/saudari bayangkan 1 makhluk dicipta Allah dengan kekuatan dimana nyawa saudara/saudari ni mudah jer nak dicabut dari badan saudara/saudari...

Bayangkan dimana saudara/saudari nieh berada ditempat dimana sedang sujud kepada Allah S.W.T didalam rumah nya [masjid] dan Malaikat Izrail cabut nyawa saudara/saudari ketika itu... Allah..  Memang indah ...

tapi bagaimana pula ketika kita sedang seronok dengan dunia... sedang bergelak ketawa dengan terbahak2 nya... pergh bagi analah rase tak mahu kematian dalam keadaan seperti itu... jadi ingatlah saudara/saudari sekalian..


Malaikat Izrail menziarahi kita nie 70 kali 1 hari


Malaikat berkata


"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku 
diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi 
dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'.

Jadi sama-sama lah kita ingat akan kematian kerana kematian juga dapat melembutkan hati kita...

Semoga dengan Ilmu yang tak seberapa dari ana nieh dapat membantu diri saudara/saudari serta ana dalam memperbaiki keimana kita serta patuh dan taat kita kepada yang 1 iaitu Allah S.W.T


Kalau korang perasan yang Allah ini memang sayang akan makhluknya...Ketika korang buat kesalahan adakah Allah nie terus je beri balasan?.. tidak Allah berikan Peluang kepada kita ..ana rasa lah ana nie dapat peluang lebih dari jangkaan ana ..Memang Allah Maha Berkuasa Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Memahami Setiap Makhluknya...

Wasalam..